Saturday 20 January 2018

SOLAT DHUNA , YASSIN DAN TAHLIL PELAJAR PENDIDIKAN KHAS SETIAP KHAMIS

Pada 18 Januari 2018  bersamaan hari Khamis  pukul 8.00 pagi , Kelas Pendidikan Khas telah mengadakan Solat Dhuha, bacaan Yasin dan Tahlil. Program yang diadakan setiap minggu pada hari Khamis ini merupakan salah satu program SUMUR dan  Panitia Pendidikan Khas sejak 2017 lagi.
      Program dimulakan dengan Solat Dhuha beramai-ramai  yang diwajibkan kepada semua guru dan pelajar Islam . Solat Dhuha dipimpin oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas , En. Abdul Murad bin Abd Hamid .Beliau seterusnya meminpin bacaan doa, tahlil dan bacaan Yasin. Ustazah Norasmah Bt Ambok Tang sebagai penyelaras program turut memberikan tazkirah pendek kepada semua pelajar.
     Selain program solat , pelajar juga dilatih dan dikemaskan bacaan Surah Lazim. Setiap guru diberikan beberapa orang pelajar untuk dibimbing sebagai mentee.








No comments:

Post a Comment