Friday 26 January 2018

PU Hafiz memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul 2018 SMK Taman Universiti

Sambutan Maulidur Rasul 2018  telah selamat dijayakan pada 27 Januari 2018. Warga kerja sekolah terdiri daripada guru-guru, staf sokongan dan pekerja swasta, bersama-sama dengan PIBG yang diketuai oleh  Prof. Madya Dr Abdul Kadir Marsono meluangkan masa dan berganding bahu menjayakan program ini. 
       Acara dimulakan dengan perarakan bermula dari luar sekolah dan bergerak melalui pintu masuk sekolah menuju ke dewan terbuka. Seetelah hadirin mengambil tempat, pasukan nashid SMK Taman Universiti tampil ke pentas untuk menghiburkan para hadirin dan hadirat dengan lagu-lagu nasyid yang segar . 
     Tepat pukul 9.00 PU Hafiz, penceramah yang ditunggu-tunggu dari Kelang, Selangor tiba di dewan dengan diiringi  En Saiful Azizi dan Ustaz Rifki.Sebelum penceramah memulakan bicara utama, Puan Hajah Halimah Ahmad,Pengetua SMK Taman Universiti menyampaikan ucapan alu-aluan. Seterusnya Saudara PU Hafiz memberikan ceramah yang menambat hati pelajar dan para hadirin.





  

No comments:

Post a Comment