Friday 26 January 2018

PU Hafiz memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul 2018 SMK Taman Universiti

Sambutan Maulidur Rasul 2018  telah selamat dijayakan pada 27 Januari 2018. Warga kerja sekolah terdiri daripada guru-guru, staf sokongan dan pekerja swasta, bersama-sama dengan PIBG yang diketuai oleh  Prof. Madya Dr Abdul Kadir Marsono meluangkan masa dan berganding bahu menjayakan program ini. 
       Acara dimulakan dengan perarakan bermula dari luar sekolah dan bergerak melalui pintu masuk sekolah menuju ke dewan terbuka. Seetelah hadirin mengambil tempat, pasukan nashid SMK Taman Universiti tampil ke pentas untuk menghiburkan para hadirin dan hadirat dengan lagu-lagu nasyid yang segar . 
     Tepat pukul 9.00 PU Hafiz, penceramah yang ditunggu-tunggu dari Kelang, Selangor tiba di dewan dengan diiringi  En Saiful Azizi dan Ustaz Rifki.Sebelum penceramah memulakan bicara utama, Puan Hajah Halimah Ahmad,Pengetua SMK Taman Universiti menyampaikan ucapan alu-aluan. Seterusnya Saudara PU Hafiz memberikan ceramah yang menambat hati pelajar dan para hadirin.





  

PERSIAPAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2018

Sambutan Maulidur Rasul tahun ini diserikan
 dengan kehadiran penceramah terkenal PU Hafiz .
Tema: Ukhuwah Ass Kesatuan Ummah"





Saturday 20 January 2018

MESYUARAT AGUNG BADAN BERUNIFORM - 10 JANUARI 2018


 10.JANUARI 2018- Kelas Pendidikan Khas  telah mengadakan Mensyuarat Agung Pengakap bagi memilih Ahli Jawatankuasa 2018. Pemilihan AJK baru dikendalikan oleh Puan Aesyah dengan dibantu oleh En Mohd Nazli dengan dipantau oleh SU Kokurikulum Pn Diwi Jumatin.

MERENTAS DESA 2018 -20 JANUARI 2018


Buat pertama kali, Acara Merentas Desa SMK Taman Universiti mendapat sambutan hebat. larian mengelilingi Taman Univeristi,Johor Bahru ini telah dikawal selia oleh pihak sekolah , Polis dan RELA.  Acara yang dilepaskan oleh Pengerusi PIBG Prof. Madya Dr. Kadir bin Marsono ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 11 pagi. 








SOLAT DHUNA , YASSIN DAN TAHLIL PELAJAR PENDIDIKAN KHAS SETIAP KHAMIS

Pada 18 Januari 2018  bersamaan hari Khamis  pukul 8.00 pagi , Kelas Pendidikan Khas telah mengadakan Solat Dhuha, bacaan Yasin dan Tahlil. Program yang diadakan setiap minggu pada hari Khamis ini merupakan salah satu program SUMUR dan  Panitia Pendidikan Khas sejak 2017 lagi.
      Program dimulakan dengan Solat Dhuha beramai-ramai  yang diwajibkan kepada semua guru dan pelajar Islam . Solat Dhuha dipimpin oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas , En. Abdul Murad bin Abd Hamid .Beliau seterusnya meminpin bacaan doa, tahlil dan bacaan Yasin. Ustazah Norasmah Bt Ambok Tang sebagai penyelaras program turut memberikan tazkirah pendek kepada semua pelajar.
     Selain program solat , pelajar juga dilatih dan dikemaskan bacaan Surah Lazim. Setiap guru diberikan beberapa orang pelajar untuk dibimbing sebagai mentee.








KEM NUKOBA' PELAJAR TINGKATAN 4 SMK TAMAN UNIVERSITI DI MASJID TAN SRI AINUDDIN WAHID TAMAN UNIVERSITI

 PELAJAR TINGKATAN 4 SMK TAMAN UNIVERSITI
DI MASJID TAN SRI AINUDDIN WAHID











MESYUARAT PIBG 2018

AGENDA MESYUARAT
1. AKTIVITI DAN PERANCANGAN 2018
   i. Pembesaran Surau
  ii. Pembinaan Studio Bahasa Cina dan Bahasa Tamil di Rumh Hijau
 iii. Penyelenggaraan Sekolah

PEMBUKAAN 2018- 1 JANUARI 2018