Sunday, 11 February 2018

KURSUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 dan PLC

10 Feb 2018-Pihak sekolah telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan bagi semua guru bagi menambah pengetahuan berkaitan PDPC Abad ke-21. Penceramah yang didatangkan khas dari PPD Batu Pahat itu Penyelaras SISC+ serta MUnsyi Dewan Tn Hj Ramli bin Yahya. LDP berlangsung selama  2 jam bermula 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.Diikuti pula dengan PLC mengikut bidang bermula 11.00 hingga 12.30 tengahari.

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN-PAK 21





 PLC MENGIKUT BIDANG


Sunday, 4 February 2018

PELANCARAN PROGRAM SUMUR-SAHSIAH UNGGUL MURID 2018

PELANCARAN PROGRAM SUMUR-SAHSIAH UNGGUL MURID 2018
pada 7 Februari 2018- 7.30 pagi oleh Yang Dipertua PIBG 
Prof. Madya Dr. Abdul Kadir Bin Marsono


AKTIVITI  PRAPELANCARAN







Saturday, 3 February 2018

Seminar Keibubapaan PIBG dan Majlis Aku Janji Kecemerlangan Diri PT3 dan SPM

4.Feb.2018-Sambutan menggalakkan daripada ibu bapa dan penjaga bagi menghadiri seminar ini bagi memberikan sokongan kepada anak-anak yang akan menduduki PT3 dan SPM.
   Seminar yang julung-julung  kali diadakan oleh PIBG ini merupakan orakan langkah  bagi mencetus semangat pelajar lebih awal dan menjadi penduan kepada ibu bapa dalam menyusun strategi kejayaan anak-anak.
   Program dimulai dengan ucapan alu-aluann  Pengetua Pn Hajah Halimah bt Ahmad dan diikuti oleh Yang diPertua PIBG Prof. Madya Dr Abdul Kadir bin Marsono.Seterusnya, penceramah khas yang dinantikan iaitu Yang Berbahagia  Ustaz Rifki bin Myiddin memulakan bicara pembentangannya.










Friday, 26 January 2018

PU Hafiz memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul 2018 SMK Taman Universiti

Sambutan Maulidur Rasul 2018  telah selamat dijayakan pada 27 Januari 2018. Warga kerja sekolah terdiri daripada guru-guru, staf sokongan dan pekerja swasta, bersama-sama dengan PIBG yang diketuai oleh  Prof. Madya Dr Abdul Kadir Marsono meluangkan masa dan berganding bahu menjayakan program ini. 
       Acara dimulakan dengan perarakan bermula dari luar sekolah dan bergerak melalui pintu masuk sekolah menuju ke dewan terbuka. Seetelah hadirin mengambil tempat, pasukan nashid SMK Taman Universiti tampil ke pentas untuk menghiburkan para hadirin dan hadirat dengan lagu-lagu nasyid yang segar . 
     Tepat pukul 9.00 PU Hafiz, penceramah yang ditunggu-tunggu dari Kelang, Selangor tiba di dewan dengan diiringi  En Saiful Azizi dan Ustaz Rifki.Sebelum penceramah memulakan bicara utama, Puan Hajah Halimah Ahmad,Pengetua SMK Taman Universiti menyampaikan ucapan alu-aluan. Seterusnya Saudara PU Hafiz memberikan ceramah yang menambat hati pelajar dan para hadirin.





  

PERSIAPAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2018

Sambutan Maulidur Rasul tahun ini diserikan
 dengan kehadiran penceramah terkenal PU Hafiz .
Tema: Ukhuwah Ass Kesatuan Ummah"





Saturday, 20 January 2018

MESYUARAT AGUNG BADAN BERUNIFORM - 10 JANUARI 2018


 10.JANUARI 2018- Kelas Pendidikan Khas  telah mengadakan Mensyuarat Agung Pengakap bagi memilih Ahli Jawatankuasa 2018. Pemilihan AJK baru dikendalikan oleh Puan Aesyah dengan dibantu oleh En Mohd Nazli dengan dipantau oleh SU Kokurikulum Pn Diwi Jumatin.

MERENTAS DESA 2018 -20 JANUARI 2018


Buat pertama kali, Acara Merentas Desa SMK Taman Universiti mendapat sambutan hebat. larian mengelilingi Taman Univeristi,Johor Bahru ini telah dikawal selia oleh pihak sekolah , Polis dan RELA.  Acara yang dilepaskan oleh Pengerusi PIBG Prof. Madya Dr. Kadir bin Marsono ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 11 pagi. 








SOLAT DHUNA , YASSIN DAN TAHLIL PELAJAR PENDIDIKAN KHAS SETIAP KHAMIS

Pada 18 Januari 2018  bersamaan hari Khamis  pukul 8.00 pagi , Kelas Pendidikan Khas telah mengadakan Solat Dhuha, bacaan Yasin dan Tahlil. Program yang diadakan setiap minggu pada hari Khamis ini merupakan salah satu program SUMUR dan  Panitia Pendidikan Khas sejak 2017 lagi.
      Program dimulakan dengan Solat Dhuha beramai-ramai  yang diwajibkan kepada semua guru dan pelajar Islam . Solat Dhuha dipimpin oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas , En. Abdul Murad bin Abd Hamid .Beliau seterusnya meminpin bacaan doa, tahlil dan bacaan Yasin. Ustazah Norasmah Bt Ambok Tang sebagai penyelaras program turut memberikan tazkirah pendek kepada semua pelajar.
     Selain program solat , pelajar juga dilatih dan dikemaskan bacaan Surah Lazim. Setiap guru diberikan beberapa orang pelajar untuk dibimbing sebagai mentee.